TIPS MEMILIH WALLPAPER

by - 8:00 PM



1. Keunikan warna, tekstur dan corak menarik pasti menaikkan seri kediaman.

Siling agak rendah Tip : Memilih kertas dinding berjalur dengan komposisi menegak atau

vertical dapat mewujudkan kesan siling kelihatan lebih tinggi.



2. Siling agak tinggi serta kelihatan janggal. Tip : Memilih kertas dinding corak melintang lebih

sesuai untuk ruang kelihatan lebih luas.



3.Elakkan corak kertas dinding terlalu sarat dengan motif untuk mengelakkan ruang tampak

sarat dan serabut. Pilih sederhana dan selaras supaya wujud kesan harmoni dan seragam.



4.Sekiranya anda memili.h untuk menggunakan border, pastikan ia dilekatkan pada bahagian

atas dinding berhampiran kaki siling. Sekiranya dilekatkan pada bahagian tengah dinding, ia

akan memperlihatkan permukaan yang lebih rendah.




5..Pilih kertas dinding dengan corak yang besar bagi menyerikan gaya ruang untuk ruang yang

besar dan luas. Tip : Bagi ruang yang banyak pintu dan tingkap atau sebagainya corak besar

kurang sesuai kerana ia akan menjadikan penampilan ruang kurang bersatu.



6.Warna yang lembut dan menenangkan sesuai untuk bilik tidur, ruang rehat dan bilik

membaca. Warna lembut bukan sahaja mewujudkan kesan harmoni malah ruang akan

kelihatan sejuk dan nyaman.



7..Bilik kanak-kanak atau ruang keluarga, pilih rekaan corak kreatif dan menonjol serta warna

terang bagi mewujudkan suasana yang lebih aktif.



8..Corak rekaan pada dinding boleh mengubah suasana ruang. Misalnya, kertas dinding warna

keemasan tampak elegan dan berbentuk jaluran akan menampakkan kesan formal. Corak

pelbagai, memperlihatkan suasana tidak formal.


You May Also Like

0 comments